Assalamualaikum kawan-kawan..apa khabar semua? Qaisara nak mintak maaf pasal dah lama tak tulis blog. Bukan ape, Qaisara letih sangat-sangat pasal ikut papa ngan mama keluar jalan-jalan masa holiday Krismas hari tu. Holiday hari tu, papa ngan mama bawak Qaisara pegi jalan-jalan tengok kangaroo ngan koala. Kawan papa, uncle Awang pon ada sama jalan-jalan ngan kitaorg. Best Qaisara dapat tengok kangaroo ngan koala. Qaisara nak pegang diaorg tapi papa ngan mama tak bagi pasal Qaisara kecik lagi. Nanti kalu dah setahun baru boleh pegang.
Papa lapar..telinga kangaroo pon jadilah..hehehehe
Selepas hari Krismas tu papa ngan mama bawak Qaisara gi city. Kitaorg pegi naik bas psl hari tu ramai sgt org kat city. Papa cakap payah nak dapat parking. Mama cakap hari tu hari boxing. Qaisara tak tau ape tu hari boxing. Takde pulak Qaisara tengok orang kena pukul, tapi orang dok bershopping adalah. Papa, mama ngan uncle Awang bershopping sakan hari tu. Papa cakap time tulah semua barang jadi murah. Papa beli telefon baru, cap buah epal papa cakap. Qaisara tgk telefon tu pon Qaisara suka, tapi papa cakap takbleh pasal nanti Qaisara buat masuk mulut. Hehehehee..Mama lak beli minyak wangi ngan beg tangan cap tanda soal papa cakap. Papa cakap lagi mama beli sampai 3 gitu. Fuiyooo....
Qaisara pulak papa ngan mama belikan baju baru. Baju cap labu cantik-cantik semuanye. Tapi yang tak bestnyer mama beli baju tu bukannyer Qaisara boleh pakai skg. Semuanya kena tunggu Qaisara umur 6 bulan keatas. Huhuhuhuuuu...tapi takpelah..yang penting..enjoooyy!!! Heheheheee..macam citer puteri lah pulak..


No comments:
Post a Comment