Sunday, March 1, 2009

Qaisara datang lagi...

Assalamualaikum kawan-kawan. Sorry sangat-sangat lama Qaisara tak update. Qaisara bukan malas, tapi lately ni Qaisara suka abiskan masa ngan masukkan anything yg Qaisara boleh capai ke dalam mulut Qaisara ni. Hehehehee...

Hai semua..!

Gambar baru lepas mandi before going to sleep

Iyaahhh..berusaha nak grab toys nak masuk dlm mulut..hehehe

Chaak!!

Hehehee...

Minggu lepas Qaisara kena cucuk BCG. Sakit sangat-sangat. Kali ni Qaisara nangis sebelum kena cucuk. Hahahaa..Qaisara dah pandai dah. Kalu masuk bilik tu,pastu ramai orang buat muka senyum-senyum puji Qaisara, ni mesti nak kena cucuk. So, instead Qaisara senyum menerima puji-pujian yang melambung tu, baik Qaisara menangis...biar menggelabah mama ngan papa. Hehehehee...Sakit tau. Nasib baik kali ni Qaisara tak demam. Yeay..yeay..!


Zzzzzzzz.....

Hug me pleaseee!!

Muka tension kena kejut dari bangun tido..

Hairband kesayangan Qaisara..

Hari tu Qaisara ikut mama ngan papa gi jalan-jalan kat shopping complex kat sini. Pastu mama belikan Qaisara hairband yang ada flower warna pink. Cantik sangat-sangat. Qaisara suka pakai hairband tu sampaikan nak tido pon Qaisara taknak buang. Hehehehe..apelah Qaisara ni. Sekarang ni papa cakap berat Qaisara dah dekat 6 kilo lebih. So mama cakap Qaisara dah boleh pakai baju yang kawan-kawan papa ngan mama bagi as a present to me when i was born. Tapi time tu tak boleh pakai lagi psl baju-baju tu semuanya for 3-6 months old. Baju untuk newborn takder yg cantik-cantik. Tapi kalu baju untuk baby from 2 months and above memang banyak yang cantik. Hehehehee..Oklah kawan-kawan, Qaisara nak tido dulu..hari ni Qaisara ikut mama ngan papa pegi butcher beli ayam ngan daging halal. Nanti sambung lagi...tata!

Tuesday, January 20, 2009

Dah boleh meniarap..yeay!!

Hai kawan-kawan semua..ape kabar? Qaisara rindu kat kawan-kawan semua. Best friend Qaisara dah balik dari Malaysia..yeay-yeay seronoknyer dapat main-main ngan Insyirah. Sekarang ni Qaisara dah masuk 3 bulan. Qaisara dah boleh angkat kepala bile mama tiarapkan Qaisara. Terrer tak Qaisara..tapi Qaisara tak boleh nak meniarap sendiri lagi, pasal ntahlarr..hehehee..

Gambar Qaisara ngan pussy cat

Heheheehehee...

Gambar Qaisara ngan Posh Spice

Mmmm..

Qaisara 2 months old 

Chaak!!

Kelmarin, papa dapat surat dari Hospital Toowoomba. Surat tu suruh Qaisara amik vaksinasi BCG. Huhuhuuhu..kena lagi! Qaisara tak nak tapi papa cakap kalu tak cucuk, papa tak nak bawak Qaisara jalan-jalan lagi. Huhuhuuu..sekarang Qaisara tertekan, dalam dilema. Nak lari tapi tak boleh jalan lagi. Huhuhuuhuu..Auntie Amy, tolong Qaisara!! Amik Qaisara sorok kat umah Auntie Amy..jgn bgtau papa keh. Hehehehee..

Monday, January 5, 2009

Cuti-cuti hujung tahun

Assalamualaikum kawan-kawan..apa khabar semua? Qaisara nak mintak maaf pasal dah lama tak tulis blog. Bukan ape, Qaisara letih sangat-sangat pasal ikut papa ngan mama keluar jalan-jalan masa holiday Krismas hari tu. Holiday hari tu, papa ngan mama bawak Qaisara pegi jalan-jalan tengok kangaroo ngan koala. Kawan papa, uncle Awang pon ada sama jalan-jalan ngan kitaorg. Best Qaisara dapat tengok kangaroo ngan koala. Qaisara nak pegang diaorg tapi papa ngan mama tak bagi pasal Qaisara kecik lagi. Nanti kalu dah setahun baru boleh pegang.

Papa lapar..telinga kangaroo pon jadilah..hehehehe

Selepas hari Krismas tu papa ngan mama bawak Qaisara gi city. Kitaorg pegi naik bas psl hari tu ramai sgt org kat city. Papa cakap payah nak dapat parking. Mama cakap hari tu hari boxing. Qaisara tak tau ape tu hari boxing. Takde pulak Qaisara tengok orang kena pukul, tapi orang dok bershopping adalah. Papa, mama ngan uncle Awang bershopping sakan hari tu. Papa cakap time tulah semua barang jadi murah. Papa beli telefon baru, cap buah epal papa cakap. Qaisara tgk telefon tu pon Qaisara suka, tapi papa cakap takbleh pasal nanti Qaisara buat masuk mulut. Hehehehee..Mama lak beli minyak wangi ngan beg tangan cap tanda soal papa cakap. Papa cakap lagi mama beli sampai 3 gitu. Fuiyooo....


Papa ngan uncle Awang kat Brisbane city during Boxing day

Qaisara pulak papa ngan mama belikan baju baru. Baju cap labu cantik-cantik semuanye. Tapi yang tak bestnyer mama beli baju tu bukannyer Qaisara boleh pakai skg. Semuanya kena tunggu Qaisara umur 6 bulan keatas. Huhuhuhuuuu...tapi takpelah..yang penting..enjoooyy!!! Heheheheee..macam citer puteri lah pulak..