Sunday, March 1, 2009

Qaisara datang lagi...

Assalamualaikum kawan-kawan. Sorry sangat-sangat lama Qaisara tak update. Qaisara bukan malas, tapi lately ni Qaisara suka abiskan masa ngan masukkan anything yg Qaisara boleh capai ke dalam mulut Qaisara ni. Hehehehee...

Hai semua..!

Gambar baru lepas mandi before going to sleep

Iyaahhh..berusaha nak grab toys nak masuk dlm mulut..hehehe

Chaak!!

Hehehee...

Minggu lepas Qaisara kena cucuk BCG. Sakit sangat-sangat. Kali ni Qaisara nangis sebelum kena cucuk. Hahahaa..Qaisara dah pandai dah. Kalu masuk bilik tu,pastu ramai orang buat muka senyum-senyum puji Qaisara, ni mesti nak kena cucuk. So, instead Qaisara senyum menerima puji-pujian yang melambung tu, baik Qaisara menangis...biar menggelabah mama ngan papa. Hehehehee...Sakit tau. Nasib baik kali ni Qaisara tak demam. Yeay..yeay..!


Zzzzzzzz.....

Hug me pleaseee!!

Muka tension kena kejut dari bangun tido..

Hairband kesayangan Qaisara..

Hari tu Qaisara ikut mama ngan papa gi jalan-jalan kat shopping complex kat sini. Pastu mama belikan Qaisara hairband yang ada flower warna pink. Cantik sangat-sangat. Qaisara suka pakai hairband tu sampaikan nak tido pon Qaisara taknak buang. Hehehehe..apelah Qaisara ni. Sekarang ni papa cakap berat Qaisara dah dekat 6 kilo lebih. So mama cakap Qaisara dah boleh pakai baju yang kawan-kawan papa ngan mama bagi as a present to me when i was born. Tapi time tu tak boleh pakai lagi psl baju-baju tu semuanya for 3-6 months old. Baju untuk newborn takder yg cantik-cantik. Tapi kalu baju untuk baby from 2 months and above memang banyak yang cantik. Hehehehee..Oklah kawan-kawan, Qaisara nak tido dulu..hari ni Qaisara ikut mama ngan papa pegi butcher beli ayam ngan daging halal. Nanti sambung lagi...tata!

Tuesday, January 20, 2009

Dah boleh meniarap..yeay!!

Hai kawan-kawan semua..ape kabar? Qaisara rindu kat kawan-kawan semua. Best friend Qaisara dah balik dari Malaysia..yeay-yeay seronoknyer dapat main-main ngan Insyirah. Sekarang ni Qaisara dah masuk 3 bulan. Qaisara dah boleh angkat kepala bile mama tiarapkan Qaisara. Terrer tak Qaisara..tapi Qaisara tak boleh nak meniarap sendiri lagi, pasal ntahlarr..hehehee..

Gambar Qaisara ngan pussy cat

Heheheehehee...

Gambar Qaisara ngan Posh Spice

Mmmm..

Qaisara 2 months old 

Chaak!!

Kelmarin, papa dapat surat dari Hospital Toowoomba. Surat tu suruh Qaisara amik vaksinasi BCG. Huhuhuuhu..kena lagi! Qaisara tak nak tapi papa cakap kalu tak cucuk, papa tak nak bawak Qaisara jalan-jalan lagi. Huhuhuuu..sekarang Qaisara tertekan, dalam dilema. Nak lari tapi tak boleh jalan lagi. Huhuhuuhuu..Auntie Amy, tolong Qaisara!! Amik Qaisara sorok kat umah Auntie Amy..jgn bgtau papa keh. Hehehehee..

Monday, January 5, 2009

Cuti-cuti hujung tahun

Assalamualaikum kawan-kawan..apa khabar semua? Qaisara nak mintak maaf pasal dah lama tak tulis blog. Bukan ape, Qaisara letih sangat-sangat pasal ikut papa ngan mama keluar jalan-jalan masa holiday Krismas hari tu. Holiday hari tu, papa ngan mama bawak Qaisara pegi jalan-jalan tengok kangaroo ngan koala. Kawan papa, uncle Awang pon ada sama jalan-jalan ngan kitaorg. Best Qaisara dapat tengok kangaroo ngan koala. Qaisara nak pegang diaorg tapi papa ngan mama tak bagi pasal Qaisara kecik lagi. Nanti kalu dah setahun baru boleh pegang.

Papa lapar..telinga kangaroo pon jadilah..hehehehe

Selepas hari Krismas tu papa ngan mama bawak Qaisara gi city. Kitaorg pegi naik bas psl hari tu ramai sgt org kat city. Papa cakap payah nak dapat parking. Mama cakap hari tu hari boxing. Qaisara tak tau ape tu hari boxing. Takde pulak Qaisara tengok orang kena pukul, tapi orang dok bershopping adalah. Papa, mama ngan uncle Awang bershopping sakan hari tu. Papa cakap time tulah semua barang jadi murah. Papa beli telefon baru, cap buah epal papa cakap. Qaisara tgk telefon tu pon Qaisara suka, tapi papa cakap takbleh pasal nanti Qaisara buat masuk mulut. Hehehehee..Mama lak beli minyak wangi ngan beg tangan cap tanda soal papa cakap. Papa cakap lagi mama beli sampai 3 gitu. Fuiyooo....


Papa ngan uncle Awang kat Brisbane city during Boxing day

Qaisara pulak papa ngan mama belikan baju baru. Baju cap labu cantik-cantik semuanye. Tapi yang tak bestnyer mama beli baju tu bukannyer Qaisara boleh pakai skg. Semuanya kena tunggu Qaisara umur 6 bulan keatas. Huhuhuhuuuu...tapi takpelah..yang penting..enjoooyy!!! Heheheheee..macam citer puteri lah pulak..

Tuesday, December 23, 2008

Huhuhuuu...sakitnye!

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni Qaisara sedih. Qaisara sakit, tak sihat. Pagi tadi Qaisara kena cucuk 2 kali tau. Kat paha kiri ngan paha kanan. Huhuhuuuu..papa hari ni tipu Qaisara. Dia cakap nak bawak Qaisara gi jalan-jalan kat shopping compleks cari toys. Rupe-rupenyer dia bawak Qaisara gi klinik nak cucuk vaksin. Huhuhuuuhu..tak suka papa. Patutlar pagi-pagi lagi papa ngan mama dah kejut Qaisara, mandikan Qaisara ngan pakai baju lawa-lawa. Qaisara pon seronokler ingatkan bleh dapat toys baru hari ni. Rupe-rupenye ada udang disebalik batu..huaaarrrhhhhhhh....huhuhuhuhuuuuuu!! 

Midwife tgh cucuk Qaisara...huhuuhuu

Muka baru lepas menangis..

Oklah kawan-kawan, kalu kawan-kawan dah masuk umur 2 bulan and biler papa ngan mama kawan-kawan mulut manis janji mcm2 kat kawan-kawan, itu tandanye kawan-kawan nak kena cucuk. Huhuhuuhuuu..jaga-jaga ok kawan-kawan semua. Bye..Qaisara nak tido dulu..ngantuk lepas papa bagi baby panadol td. Huhuhuuhu..

Sunday, December 21, 2008

Auntie-auntie Qaisara-Part 1

Assalamualaikum semua. Kali ni Qaisara nak ceriter kat kawan-kawan pasal auntie-auntie Qaisara yg sweet dan baik-baik semuanyer. Enjoy!

Yang ni Auntie Amelia Wong. Dia ni umi kepada kawan baik Qaisara, Insyirah. Auntie  Amelia ni jugak isteri kepada uncle Yasir. Mama cakap auntie Amelia ni sweet ngan baik orangnyer. Mama cakap lagi tak penah nampak dia ni marah. Asyik senyum jer. Auntie Amelia ni papa cakap org yang friendly. Qaisara suka auntie Amelia pasal dia selalu belikan toys Fisher Price kat Insyirah, jadi Qaisara boleh tumpang main sama. Hehehehee...Qaisara pon ada juga toys tu tapi tak banyak sgt pasal papa asyik beli barang dier jer..huhuhuuhuu.. Sayang auntie Amelia.


Yang ni lak auntie Effa. Papa cakap nama glamer dier Effa Ashley. Hehehehee..Auntie Effa ni dah balik Mesia sebelum Qaisara lahir lagi. Camner Qaisara bleh kenal dier? Ntah..Qaisara tak kenal pon dia..Ni papa suruh tulis. Hehehee..Papa cakap auntie Effa ni baik. Dialah yg bagi mama tumpang umah masa papa ngan mama mula-mula sampai kat Australia ni. Auntie Effa ni mama cakap pandai buat kerepek kentang pedas. Hehehehe..Mama selalu tempah kerepek pedas tu dari auntie Effa. Skg ni auntie Effa ada kat Serawak. Dia mengajar kat UNIMAS. 


Haaaa...yang ni auntie Shidah. Dia ni lah papa cakap ehem-ehem uncle Latape. Qaisara tak paham aper tu ehem-ehem. Papa tak nak bagitau pasal Qaisara kecik lagi. Auntie Shidah ni orangnye papa cakap penakut sket. Heheheee...biler citer jer pasal antu, mesti malam tu dier takleh tido. Heheheee..apelah auntie Shidah ni. Qaisara tak takut pon biler tgk citer Puaka Niyang Rapik. Hehehehee...Mama cakap auntie Shidah ni pandai buat kek cokelat. Rumah sewa auntie Shidah papa cakap ada swimming pool. Best..tapi tak mandi pon. Apelah auntie Shidah ni. Kalu Qaisara, mesti tiap-tiap hari Qaisara mandi kat pool tu. 

 Yang ni pulak auntie Nia. Auntie Nia ni pon dah balik Mesia. Qaisara tak sempat pon jumpa dia. Papa cakap auntie Nia ni happy go lucky orangnyer. Auntie NIa ni suka sgt kaler pink mcam Qaisara. Papa cakap boleh katakan semua barang dia nak kaler pink. Dia punyer laptop kaler pink, dier punyer ipod kaler pink, dier punyer kamera digital pon papa cakap kaler pink. Hehehehee..Budak yang dia dukung tu bukan anak dia. Auntie Nia ni single lagi but papa said she's not available dah skg. Hehehee.. 

Friday, December 19, 2008

Uncle-uncle-Part 2

Assalamualaikum kawan-kawan. Sorilah Qaisara lambat sambung entri hari tu..sibuk sikit lah. Hari ni kat Brisbane panas sgt2. Suhu mencecah 37 darjah. Nasib baik papa ada beli portable aircond letak dalam bilik. Kalu tak mesti muka Qaisara naik bintik-bintik. Tak maulah, nanti tak comel. Heheheheee..
Yang ni Uncle Azlan. Papa cakap nama glamer dier Uncle Wak Lu..Qaisara pon tak paham kenape papa ngan uncle-uncle yg lain panggil dia mcm tu. Uncle Azlan ni pon kelakar orang dier. Papa cakap lagi dier ni terer main bola. Papa cakap lagi dia ni cukup cekap ngan jalan-jalan kat Brisbane ni. Maklumlah, dalam kreta dier ada TomTom. Ape benda TomTom tu pon Qaisara tak tau. Yang Qaisara tau Fisher Price jer.Hehehehee...Dia ni pon papa cakap jenis makhluk tuhan yang suka tolong orang. Hehehee..Uncle Azlan ni dah kawen. Wife dier mama cakap baik and sweet. Papa cakap rambut dier dah nak sama panjang ngan rambut wife dier. Papa cakap kalu tgk dari belakang, mesti ingat dier ni perempuan.Hehehee...Nanti Qaisara ceriter pasal Auntie Zue keh. Heheheheee..Wak Lu Rock!!

Ini Uncle Malek. Uncle Malek ni cool orangnya. Dia ni orang Indonesia. Dia ni suka memancing. Rambut dia macam rambut Qaisara, cacak-cacak. Uncle Malek ni sangat bergaya orangnya. Ala-ala kumpulan Peterpan gitu papa cakap. Tapi Qaisara tak tau pun kumpulan tu. Yang Qaisara tau just kumpulan Wiggles, Dori The Explorer ngan Elmo Sesame Street jer. Hehehehee..Uncle Malek, you rock too!! 

Haa..yang ni pulak Uncle Hilmi. Uncle Hilmi ni baru jer balik Malaysia minggu lepas. Dia dah abis buat Master kat sini papa cakap. Hobi dier sama ngan hobi papa. Tangkap gambar. Papa cakap dia ni terer pasal fotografi. Banyak benda yang papa belajar dari dier. Kesian papa, lepas ni kena tangkap gambar sorang-sorang. Huhuhuhu...Nanti kalu Qaisara balik Malaysia, kiter jumpe yer Uncle Hilmi..




Wednesday, December 17, 2008

Uncle-uncle & Auntie-auntie kesayangan QaiSara

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Qaisara sihat jer. Ni pon baru lepas mandi..hehehe..best mandi..papa shampoo pakai Johnson & Johnson..'tak pedihkan mata' papa cakap. Hehehehehee...Hari ni Qaisara nak ceritakan kat kawan-kawan psl uncle-uncle ngan auntie-auntie favorite Qaisara. Diaorg ni kawan-kawan papa ngan mama yang sama-sama belajar kat sini..Meh sini Qaisara perkenalkan uncle Qaisara yang pertama;

Ni Uncle Latape ataupon nama glamer dia Uncle AL Ahmad. Uncle Latape ni sangat baik orangnye. Papa cakap dia suka tolong orang. Tolong org abiskan duit kootoo psl dia ni tukang endorse barang2 kat DFO ngan Harbor Town. Hehehehee..takdelah, Qaisara gurau aje,tapi mama cakap, dia ni mmg suka tolong orang pon. Papa cakap Uncle Latape ni orangnye hepi go lucky. Qaisara suka ngan Uncle Latape pasal dier ni cute. Tapi Qaisara kecik lagi..papa cakap takbleh kacau uncle Latape pasal dia dah ada auntie Shidah. Saper auntie Shidah tu? Nanti Qaisara citer kat entri lain keh. Sayang Uncle Latape!

Ni pulak Uncle Hezmee ataupon nama glamer dier Hezmee Lockyer. Papa cakap nama lockyer tu dier letak pasal dia ingat dia terrer main rugby league macam Darren Lockyer, kapten Broncos. Ape Broncos tu pon Qaisara tak tau. Hehehehehe..Uncle Hezmee ni papa cakap papa kenal dier dari kat Malaysia lagi. Time tu papa cakap diaorg amik diploma ngan degree sama-sama kat UPM. Uncle Hezmee ni dah kawen. Anak Uncle Hezmee comel. Dia lahir setahun awal dari Qaisara, jadinyer Qaisara panggil anak uncle Hezmee kakak Nurain Qistina. Tapi kakak Nurain ni ganas sket. Hari tu masa Qaisara mula-mula jumpa dia, dia terus cakar kepala Qaisara. Huhuuhuuu..sakit. Tapi Qaisara maafkan kakak Qistina psl dier kecik lagi. Hehehehehee.. Papa cakap uncle Hezmee ni majalah sukan yang bergerak. Tanyerlah dier pasal sukan-sukan macam bola sepak ker, rugby league ker..semua dier tahu. Satu sukan jer dier tak tau..renang berirama.Heheheheheee...Jangan marah Qaisara keh Uncle Hezmee. Uncle Hezmee rock! 

Yang ni Uncle Hisham. Papa cakap dia ni pandai masak. Papa cakap lagi resepi rahsia turun temurun keluarga uncle Hisham is Kurma Ayam. Hehehehee..Uncle Hisham datang sini skali ngan papa ngan mama. Uncle Hisham ni bujang lagi. Papa cakap beruntung saper yang kawen ngan Uncle Hisham. Makan minum ditanggung beres. Heheheee..Mama cakap budak-budak kecik macam Qaisara ngan Insyirah suka dok atas riba Uncle Hisham psl riba uncle Hisham lembut mcm tilam Vono. Tak macam riba papa yang keras macam kerusi plywood..hehehehe (hish..budak kecik ni nak kena ni-"papa menyampuk"). 

Haaa..ni pulak ayah Insyirah. Uncle Yasir. Papa cakap Uncle Yaser ni kelakar. Papa cakap lagi yang Uncle Yaser ni terer repair komputer ngan main game komputer. Kalau sape2 komputer dier rosak kat sini, umah Uncle Yasir dah jadi macam Low Yatt kat KL. Hehehehee...Papa cakap lagi, sebab Uncle Yaser selalu main komputer game, Insyirah sampai taknak dah kat Uncle Yaser biler Uncle Yaser nak dukung. Hehehehehee...tu lah pasal, banyak masa abis main kat game bak kata Auntie Amelia, umi Insyirah merangkap isteri uncle Yaser. Nasib baik papa tak suka sangat main komputer game. Tapi Qaisara tgk skg ni papa slalu main game Wii sorang-sorang. Ni nak kena ni!

Oklah yer..nanti Qaisara sambung lagi..nappy Qaisara sudah penuh lerr..Mamaaaa..tukar nappy!!!!